Semalam adalah hari ulangtahun kelahiranku. Aku ni jenis tak kisah pasal hari lahir ni. Tak pernah sambut pon.Tapi keluarga tak penah lupa la, ada la jugak "wish me happy birthday".

Tapi tahun ni sungguh istimewa, sebab anak aku (Ame, anak angkat, tapi aku tak penah dan tak suka anggap dia macam anak angkat, sebaliknya dah macam anak sendiri) dan keluarga telah mengadakan sambutan ulangtahun untuk aku.

Walaupun "not a surprise" sebab aku diberitahu awal-awal oleh sahabat baik aku tu (Kamal, ayah anak aku tu) atas niatnya nak buat sambuatan tu dan walaupun sambutan tu pun sangat sederhana, tapi sangat selesa dan tenang aku rasa sungguh gembira dan bahagia atas pemberian tu.

Sambutan dibuat malam tadi. Mereka semua balik ke ruamh aku dengan 'tapau' makanan. Aku sendiri dah "prepare" kek coklat (buatan Kedai Kek Najwa) dan air minum 'strawberry'.

Anak aku jadi 'MC'. Dia 'start' majliis dan bagi 'speech'. Bole tahan gak anak aku jadi 'MC'. Bila dah abis idea, pas kat ayah. Ayah pon bagi 'speech', lepas tu Fairuz pulak. 'Then' Ame sambung lagi cakap. Sungguh syahdu dan 'touching'. Suasana penuh dengan kasih sayang. Lepas tu Ame minta aku pulak bagi 'speech'. Aku pun bagi la speech, ucap terima kasih dan bagi nasihat kat anak-anak. 'Then' Ame mintak ayah baca doa.

Selesai baca doa, Kamal mewakili keluarga sampaikan hadiah kat aku. Dia orang kata hadiah tak seberapa, tapi mahal tu sepasang kasut yang memang 'taste' aku. Aku jadi macam 'speecless'lah dapat hadiah macam tu dan yang penting ingatan dia orang tu kat aku. 'Then' lepas Ame baca doa makan, kami pun menjamu selera sambil berbual dan berbincang-bincang pasal sekolah anak-anak.

Lepas tu apa lagi la.. Ame dan Fairuz terus je la melekat kat depan komputer. Si abang dengan blog dan "MySpace"nya. Si adik dengan "YouTube"nya. Aku dan Kamal terus bincang lagi. Lepas Isyak Kamal dan Fairuz mohon diri balik. Ame "stay" sekejap untuk dua jam menyiapkan kerja-kerja "online"nya.

Ape? Berapa umur aku? Tak yah la tau kan.. Kepada sesiapa yang sambut hari lahir semalam.. selamat menyambut hari lahir. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditingkatkan iman dan sentiasa dalam peliharaanNya. Amin..

Untuk anakanda dan keluarga semua.. abah/I love you all very much.. Tak lupa jugak anakanda Rahim dan keluarga. Love you all too..
Kekadang benda ni ada jugak berlaku kepada kita, tersalah makan ubat. Atau ubat tu dah betul, cuma masa kita makan ubat tu, 'chemistry' dalam perut yang tak betul. Macam mana nak 'undo' kesilapan tu?

Caranya?:: Cepat-cepat minum air kelapa.

Keberkesanan?:: Yang ini dah banyak testimoni yang ana dengarlah, semua memang cakap jadiklah.. Alhamdulillah..

Sumber Petua?:: Abang Slamat Ramlan (Perigi Nanas, Pulau Indah)
Petua ni untuk kucing anda yang suka berak dan kencing dalam rumah. Memang pening kepala dibuatnya kalo kita ada kucing macam tu..

Caranya?:: Ukur ekor kucing tu dengan sebatang lidi (kalo ekor macam spring? I don't know la yang ni). Kemudian potong lidi tu ikut panjang ekor kucing tadi. Lepas cari sebuah bekas yang agak-agak muat untuk kucing tu cangkong untuk **ngengek**, isikan dengan pasir. Kemudian bawak semua bahan-bahan yang nak digunakan tadi termasuk kucing anda ke bilik air atau mana-mana tempat di luar rumah. Pacak lidi tadi ke dalam pasir dalam bekas tu sambil baca selawat 3 kali dan cakap kat kucing tu, itulah tempat untuk dia berak dan kencing, jangan buat tempat len.

Keberkesanan?:: Ana belun cubalah.. Anta ente cubalah dan bagi tau sama analah. Tapi menurut ampunya petua, memang jadik.

Sumber Petua?:: Abang Slamat Ramlan (Perigi Nanas, Pulau Indah)


Selamat mencuba..
Selamat tahun baru 1430 Hijrah dan 2009 Masehi kepada semua terutama kepada anakanda Amirulzaman dan Abdurrohim, kaum keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang singgah di blog ini.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru, kerana kita baru sahaja melangkah masuk ke ambang tahun baru.

Moga Allah akan sentiasa melindungi, memberkati dan merahmati kita semua.. amin.